Saturday, January 7, 2012

TAHNIAH PELAJAR 1 PISMP DAN SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU DPLI DAN PPISMP

Pada 4 Januari dan 5 Januari 2012, telah berlangsung miggu orientasi untuk pelajar yang telah berjaya melanjutkan pengajian ke program PISMP. Tahniah diucapkan dan terima kasih atas kerjasama serta komitmen yang diberikan!

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu program orientasi tersebut ialah taklimat kolej kediaman bersama pengetua kolej kediaman iaitu Encik Shahidan, taklimat BIG bersama unit GERKO, taklimat kurikulum PISMP, sesi kaunseling dan lain-lain. Kerjasama baik antara pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPG Kampus Tuanku Bainun dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar kampus telah berjaya melaksanakan minggu orientasi ini dengan jayanya. 

Ribuan terima kasih dan jutaan tahniah diucapkan.

sekitar program orientasi pelajar 1 PPISMP ambilan Januari 2012























Akhir kalam, selamat datang kepada pelajar DPLi dan PISMP ambilan Januari yang akan mendaftar pada hari Isnin, 9 Januari 2012.

Tahniah dan ahlan wasahlan kami ucapkan!

PERINTIS MASA DEPAN

PERINTIS MASA DEPAN