Thursday, July 12, 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Hari Guru telah disambut oleh seluruh warga IPG Kampus Tuanku Bainun bermula dari 7.45am hingga 1.30pm pada 2hb Julai 2012 (Isnin). Kita berkumpul di Astaka Waja untuk senam aerobik. Senanam aerobik dan permainan sukaneka turut disertai oleh pensyarah-pensyarah dengan aktif . Pemenang dihadiahkan hadiah yang lumayan.

Selepas rehat, kita berkumpul semula di Dewan Amminuddin Baki (DAB). Semasa wakil YDP berucap, semua guru pelatih berdiri dan mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah. Beberapa persembahan yang disediakan oleh guru pelatih yang berlain opsyen seperti koir, persembahan band dan tidak ketinggalan persembahan oleh murid prasekolah Mithali yang comel dan mencuit hati.

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Guru!

(Gambar-gambar Sambutan Hari Guru)



















Tuesday, July 3, 2012

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu KPLSPM Ambilan Jun 2012


Minggu pengurusan telah diadakan selama lima hari, bermula dari 25hb Jun 2012 (Isnin) hingga 29hb Jun 2012 (Jumaat).
     
     Sebanyak 74 orang pelajar baharu mendaftar pada hari pertama. Antaranya adalah opsyen Reka Bentuk (SJKC), Bahasa Melayu (SJKC), Pendidikan Seni dan Visual (SJKT) serta TESL(SJKT).
     
     Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam minggu tersebut termasuk LDK, taklimat-taklimat, nyanyian lagu patriotik, Majlis Penutupan, gotong-royong dan sebagainya. Pihak IPG juga mengadakan satu taklimat khas kepada waris-waris pada hari pendaftaran untuk membantu waris lebih memahami kursus KPLSPM,

Sekitar Minggu Pengurusan Pelajar Baharu: 
 Guru pelatih sedang menunggu di depan dewan bersama ahli keluarga masing-masing.

Tutor dan fasilitator sedang berusaha mengurus pendaftaran bagi pelajar baru.

Pelajar baharu sedang mendaftar.

Taklimat yang khas untuk waris-waris

 Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 

Taklimat asrama



Selamat datang ke IPG Kampus Bainun

PERINTIS MASA DEPAN

PERINTIS MASA DEPAN