Tuesday, August 7, 2012

Talkshow Ramadhan



       JPP IPG Kampus Tuanku Bainun telah menganjurkan Talkshow Ramadhan bersama Imam Muda Amar pada 7hb Ogos 2012 bertempat di Dewan Hajah Rohani. Talkshow itu dimulakan pada pukul 5.30 petang hingga 6.30 petang. Talkshow itu dijalankan secara lancar. Selepas itu, JPP juga menyediakan Majlis Iftar Perdana JPP 2012/2013. Semua guru pelatih dijemput menghadiri talkshow dan majlis tersebut. 

“Syukur kepada Allah atas kelancaran majlis petang tadi. Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih atas kesudian pensyarah-pensyarah, staf, serta sahabat-sahabat guru pelatih yang telah menghadiri Majlis Iftar Perdana JPP 2012/2013. Segala kerjasama dari setiap kelas membawa makanan sampingan, amatlah kami hargai. Kami berharap majlis ini dapat mengeratkan ukhwah sesama kita guru pelatih dan tutor juga pensyarah IPGKTB. Semoga hubungan baik dan kemesraan ini berkekalan. Insya-allah, amin. Dan akhir sekali, diharapkan kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran segala yang disampaikan Imam Muda Ammar yg istimewa kami bawakan utk anda ramadhan kali ini. Akhir kalam, selamat berpuasa ^_^”
JPP IPG Kampus Tuanku Bainun

(Gambar-gambar)














PERINTIS MASA DEPAN

PERINTIS MASA DEPAN