Monday, October 24, 2011

SELAMAT DATANG PENGARAH BAHARU

Alhamdulillah, walaupun IPGKTB baru sahaja menangisi pemergian mantan pengarah, Cik Hjh Rosenah yang telah bersara, kesedihan yang dirasakan tidak lama. Pada 16 Oktober 2011, IPGKTB telah menerima kedatang pengarah baharu yang cukup dinanti-nanti iaitu Pn Tumerah bt Rosmin.

SELAMAT BERKHIDMAT

PERTANDINGAN FOTOGRAFI DAN VIDEO (GENTING HIGHLANDS DAN KLCC)

Pada 1 Oktober hingga 2 Oktober 2011, Biro Multimedia dan Komunikasi JPP IPGKTB 11/12 telah mengadakan pertandingan fotografi dan video di Genting Highlands dan sekitar Kuala Lumpur. Rombongan kali ini telah disertai oleh 31 orang guru pelatih dan seorang pensyarah pengiring iaitu Pn Tan Cheng Im berserta suami.

Kami bertolak meninggalkan IPGKTB sekitar 9.00 pagi turut disertai oleh Cik Hajah Rosenah, mantan pengarah IPGKTB dan Cik Rosyati Hussin yang menemani Cik Hajah Rosenah. Istimewanya rombongan kali ini kerana kami berpeluang menjejakkan kaki ke rumah Cik Hajah Rosenah yang turut menyediakan makanan tengahari untuk kami semua. 

Pn. Tan Cheng Im bersama Cik Hjh Rosenah dan ibu beliau

bergambar kenangan di sekitar rumah Cik Hjh Rosenah

ribuan terima kasih atas layanan ramah dan mesra yang telah kami terima 

Setelah beredar dari rumah mantan pengarah, kami meneruskan perjalanan ke Suria KLCC dan ahli rombongan diberi masa sendiri selama beberapa jam sehingga pukul 7petang untuk berkumpul kembali. Semua ahli rombongan menginap di Adams Inn yang terletak di Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke Genting Highlands keesokan hari.

sebelum bertolak ke Genting Highlands

Kami semua berada di Taman Tema Genting Highlands sehingga pukul 5petang sebelum bertolak pulang ke IPGKTB semula dan tiba IPGKTB lebih kurang 12 tengah malam. Pengalaman di sana sangat mengujakan dan diharap lawatan seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Tidak lupa juga kepada pensyarah pengiring, iatu Pn Tan Cheng Im dan suami serta mantan Pengarah IPGKTB, Cik Hjh Rosenah yang telah bermurah hati menaja makan tengahari kami dan menjemput kami ke teratak beliau.Terima kasih!


MAJLIS PERPISAHAN DAN PERSARAAN CIK HJH ROSENAH MOHD NOOR

Pada 30 September yang lalu telah berlangsungnya majlis perpisahan dan persaraan untuk Cik Hajah Rosenah Mohd Noor, yang kini mantan pengarah IPKTB. Majlis telah berlangsung dengan begitu meriah sekali. Bermula dengan ucapan daripada saudara Khairul Anam, iaitu YDP JPP 11/12 hinggalah berakhirnya majlis, Cik Hajah Rosenah telah diarak dengan menggunakan kereta antik di sekitar kampus.

Kami mewakili warga IPGKTB mengucapkan jutaan terima kasih atas segala khidmat yang telah dicurahkan. Semoga semangat puan untuk terus mencurah bakti dalam dunia pendidikan tidak pernah pudar dan selamat bersara kami ucapkan.


CIK HJH ROSENAH MOHD NOOR
jasamu akan kami kenang hingga ke akhir hayat

Tuesday, July 26, 2011

SAMBUTAN HARI GURU 2011



Pada 25 Julai 2011, bemula 7.30 pagi hingga 1.30 petang bertempat di Astaka Waja dan Dewan Aminuddin Baki di IPG Kampus Tuanku Bainun telah diadakan sambutan Hari Guru peringkat institut. Tentatif perjalanan majlis : 



7.30 pagi    - Para pensyarah dan pelajar berkumpul di dataran 
                          perhimpunan
7.45 pagi   - Ketibaan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun diiringi 
                          Timbalan Pengarah dan pensyarah kanan
7.50 pagi   - Nyanyian lagu
                  -Negaraku
                 -Negeri Pulau Pinang
                 -IPG Kampus Tuanku Bainun
                 - Aktiviti Senam Seni
                 - Sukaneka para pensyarah dengan guru pelatih
                     : Tuju tin
                     : Tengteng
                     : Batu Seremban
                     : Bola sepak dengan kain pelikat
                     : Galah Panjang
                     : Tarik Upih
10.30 pagi  - Para guru pelatih dan pensyarah tukar baju dan rehat.
                   - para guru pelatih dan pensyarah mengambil tempat di dalam dewan
11.00 pagi - Ketibaan jemputan
                  - Ketibaan Tetamu Kerhormat
                  - Bacaan doa 
                  - Bacaan perutusan Hari Guru
                  - Ucapan Aluan Pengarah IPGKTB
                  - Persembahan Kebudayaan 1 Malaysia 
                         : lakonan
                         : prasekolah
                         : choral speaking
                         : nyanyian band
                         : nasyid
                        : dikir barat
                 - Penyampaian hadiah 
                 - Penyampaian Cenderamata 
                    - Persembahan Penutup
1.30 petang - Bersurai



Kami wakil Jawatankuasa Perwakilan Pelajar mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ynag terlibat dalam menjayakan majlis sambutan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jutaan tahniah turut diucapkan kepada para pemenang dalam acara sukaneka yang telah diadakan, juga kepada penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi peperiksaan Mei 2011. Sekali lagi TERIMA KASIH dan TAHNIAH!



Semester/ Major                                    Nama Pelajar

PPISMP
Semester 2
Bahasa Arab                                          Mohamad Taufik B Mohamad Agus
Pra Sekolah                                           Ina Hairani Bt Bahruddin
Pengajian Cina                                      Khoo ZiYing
Pengajian Pend Seni Visual                  Nor Azhir B Baharum
Pengajian Matematik                             Nurul Atiqah Bt Abd Kamal
Pengajian Tamil                                     Chelva A/L Letchmanan

PISMP
Semester 1
Pengajian Cina                                      Chow Thing Wu
Pengajian Inggeris                                 Arzeyani bt Arshad
Pengajian Melayu                                  Noor Hamizah Bt Abdul Razak
Pengajian Matematik                             Nur Farah Hana Bt Abd Rahman
Pengajian Sains                                    Wan Izzah Kamilah Bt Wan Ishak
Pengajian Agama Islam                        Nor Hasraa Hakimi B Hassan
Pengajian Sosial                                   Tiong Chiong Kee
Pengajian Seni Visual                           Nur Hazwani Bt Abd Rahman
Pengajian Seni Visual                           Zakiah Bt A Zahrin

Semester 3
Bahasa Cina                                        Ester Khoo  Eeleen
Bahasa Cina                                        Gan Xin Zi
Pengajian Muzik                                  Tan Zi Jia
Pengajian Agama Islam                      Nur Su’aidah Bt Mohd Amin
Pendidikan Jasmani                            Mohamad Faiz B Mohd Zulkifli
Pengajian Social                                 Nur Amira Bt Mohd Rosli
Pengajian Sains                                  Wong Yong Sun    

Semester 5
Pengajian Cina                                            See Zhun Jiat
Pengajian Agama   Islam                            Mohd Faiz B Ab Malek
Pengajian Sosial                                         Nur Syafarina Bt Rusli
Pengajian Muzik                                         Ching Xin Yuan
Pendidikan Jasmani                                    Nursyakirah Bt Hamidi
Pengajian Pra Sekolah                               Nurul Izzati Bt Shamsuddin
Pengajian PSV                                           Siti Faizah Bt Hassan
Pengajian PSV                                           Yuziana Alini Bt Yusof

Semester 7
Pengajian Melayu                                     Khairiah Bt Hamazah
Pengajian Melayu                                     Nor Zaidatul Baizura Bt Alang Mukhtar
Pengajian Tamil                                        Anitha A/p Xavior
Pengajian Tamil                                       Bobenathan A/L Kalaich Selvan
Pengajian Tamil                                        Thilagah A/p Sandaran
Pengajian Tamil                                       Thilagam A/p Birma
Pengajian Sains                                       Tan Jun Ming
Pengajian Sains                                       Heng Zhen Ming
Pendidikan Jasmani                                 Nurul Nisaa Bt Azali @ Ghazali
Pengajian Muzik                                      Teh Hui Xin
Pengajian Cina                                        Hong Shall Way
Pengajian Matematik                               Anthiri A/p Rammachandaran 

Wednesday, July 13, 2011

Konvensyen Guru-guru Muda (KOGUM 2011)


KOGUM 2011 telah berlangsung dari 8 Julai sehingga 10 Julai 2011 bertempat di UiTM Shah Alam. IPGKTB telah menghantar 40 orang wakil termasuk 2 orang pensyarah pengiring, En. Ahmad Shukri Bin Ghazali dan En Mohd Nasser Bin Md Isa . KOGUM 2011 disertai oleh badan JPP dari IPG seluruh negara. 

Majlis telah dirasmikan oleh  YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia manakala majlis penutupan dirasmikan oleh Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Dato' Prof. Ir. Dr.Sahol Abd. Hamid, Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Hj Noh bin Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Abd. Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, En Jais Abdul Karim, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung 
(GPMS) dan Dato' Siti Nurhaliza serta suami, Dato' Khalid Mohd. Jiwa.


Sekitar KOGUM 2011 :












bergambar kenangan di i-City Shah Alam

kami barisan JPP, mewakili semua wakil daripada IPGKTB amat berterima kasih kepada pihak penganjur khususnya GPMS kerana merealisasikan KOGUM 2011 seterusnya menjadikan hasrat untuk melantik Majlis Perundangan Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kebangsaan.

Thursday, June 30, 2011

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia


Tarikh : 2 Julai 2011 / 30 Rejab 1432
Masa : 7.00 pagi
Tempat : Padang IPGKTB
Kehadiran : Wajib kepada semua pelajar

Sunday, June 26, 2011

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Ambilan Jun'11

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu telah bermula pada hari pendaftaran pelajar baharu iaitu, 20 Jun 2011 sehingga 24 Jun 2011. Seramai 133 orang pelajar telah mendaftarkan diri pada hari tersebut.


Sekitar Minggu Pengurusan Pelajar Baharu :













Thursday, January 13, 2011

Pendaftaran Pelajar Baharu KPLI dan j-Qaf

  • Sukacita dimaklumkan pelajar KPLI-SR sepenuh masa dan KPLI j-QAF Ambilan 2011 akan melapor diri pada24 Januari 2011.


  • KPLI sepenuh masa

  • Bahasa Inggeris 1 unit (20 orang)
  • Bahasa Cina(SK) 1 unit (20 orang) 
  • Bahasa Tamil 1 unit (20 orang) 
  • Kajian Sosial 1 unit (20 orang)

  • KPLI j-QAF

  • Pendidikan Islam 3 unit (75 orang)


sumber: Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Tuanku Bainun

PERINTIS MASA DEPAN

PERINTIS MASA DEPAN