Tuesday, October 26, 2010

Thursday, October 21, 2010

DEEPAVALI NITE

DEEPAVALI NITE

Tarikh  : 23/10/10
Masa   : 8.00 mlm
Tempat: Dewan Aminuddin Baki

Semua warga IPG KTB dijemput hadir utk memeriahkan lagi majlis. 
Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada warga IPG KTB yang ingin menyaksikan persembahan.



Thursday, October 14, 2010

Al-fatihah

"Sesungguhnya setiap yang datang itu akan pergi dan setiap yang hidup itu pasti akan mati"

Salam takziah buat keluarga arwah Syamil Basri yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi (14 Oktober 2010). Arwah ditimpa kemalangan di highway Lunas.  Al-Fatihah khusus utk arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman serta diberkati Allah.


Hari Kemuncak Kokurikulum Peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun

Info Hari Kemuncak Kokurikulum Peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun


Tarikh   : 23 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa     : 7.45 pagi


7.45 pagi : Bermula dengan perhimpunan di dataran perhimpunan.
                 Pemeriksaan barisan unit beruniform

8.30pagi : Semua guru pelatih bergerak menuju ke ASTAKA WAJA
                Road Relay...anjuran KPLI
                Permainan Tradisional(En Teh)
                Pertandingan membina Pusat Bantuan Kecemasan antara Unit Beruniform


11 pagi : Semua bergerak ke Dewan Aminudin Baki

              Persembahan oleh guru pelatih IPGKTB
              Majlis penyampaian hadiah

*Info daripada En Fakarudin, disampaikan oleh Biro Sukan dan Rekreasi..
Sebarang perubahan akan kami maklumkan dari masa ke semasa....TQ

Pengajian Hadis Bersama Ulama Mesir

Perhatian kepada semua pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun,

Majlis Ilmu Bersama Sheikh Muhammad Bin Ibrahim Al-Katani

Tarikh   : 16 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa    : 8.30 pagi hingga 12 tengah hari
Tempat : Surau Al-Ghazali, IPG Kampus Tuanku Bainun
Anjuran : Badan Kebajikan Surau Al-Ghazali

Marilah kita sama-sama menghadiri majlis ilmu dan mendampingi ulama.

Program Rehlah JPP

Program Rehlah JPP

Tarikh    : 15 - 17 Oktober 2010
Tempat  : Kg Sg Batu Besi, Merbok, Sg Petani.
Anjuran : Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Tuanku Bainun



Tuesday, October 12, 2010

Pengumuman Cuti Perayaan

 Perhatian kepada semua guru pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun.


PENGUMUMAN CUTI PERAYAAN:


4,5,6,7 NOV 2010 

(cuti perayaan HARI DEEPAVALI),

17,18 NOV 2010

(cuti HARI RAYA AIDILADHA)



(sebarang perubahan akan diumumkan kelak)

Mahrojan Lughah Arabiah 2010

Salam..

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta Mahrojan Lughah Arabiah yang mewakili IPG Kampus Tuanku Bainun. Kalah dan menang adat pertandingan. Marilah kita sama-sama berusaha lebih gigih pada tahun hadapan...

Mahrojan Lughah Arabiah 2010
diadakan di IPG Kampus Darul Aman
pada 12 OKTOBER 2010


Sunday, August 29, 2010

Selamat menjalani PBS :)

kpd kawan kawan y bakal dan sedang menjalani PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah), sedikit note utk anda semua :

-jaga diri baek baek, jaga kesihatan, jangan mandi hujan
-jadila contoh yg terbaek di kalangan guru pbs
-kuatkan hati utk terus beribadat walau sesibuk mana urusan dunia
-hayatila PBS dalam Ramadhan, banyak hikmahnya
-bergembirala bersama ahli keluarga tersayang
-jangan lupa balek maktab pulak 19hb ya :)

moga samasama diberkatiNya, Salam kasih

Thursday, August 19, 2010

Selamat Pergi dan Kembali

9 Ogos yang lalu kita menyaksikan dan menangisi pemergian mereka ke bumi Ghaza
dengan niat yang suci, membantu dan menyumbangkan yang termampu kpd
saudara kita yang ditimpa kesusahan di sana.

Insan insan yang terpilih : Ustaz Nazmi, Encik Mohamad dan Miss Teo
ucapan dan kata kata akhir dari ustaz Subki sebelum mereka berangkat


************************************************************

dan semalam mereka telah selamat sampai di Malaysia kira kira pukul 1.35 pagi


jelas terpancar kegembiraan dan kesyukuran di wajah mereka.
Syukur ke hadrat Ilahi, mereka selamat pergi dan kembali.
Moga kita semua juga berpeluang  ke sana dan membantu mereka yang kesusahan,
InsyaAllah (:



DAFTAR SEBAGAI PENGUNDI DI IPG KTB (SPR)

Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk menentukan siapa pemimpin kita. Maka bagi yang sudah pun memenuhi kriteria, anda perlu menjalankan tanggungjawab anda. Undilah pilihan anda, kerana kadang kadang dengan satu undian mampu mengubah segalanya.



Lokasi : Pusat Info Ahmad Sipon
Tarikh : 23 Ogos 2010
Masa : 8.30 pagi -10.30 pagi

Segalanya percuma. Demi masa depan bersama, selamat mengundi (:

MAJLIS PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN




Program Sua Mesra Tautan Ukhuwwah (Majlis Buka Puasa)


dari sahabat untuk sahabat :


Program Sua Mesra Tautan Ukhuwwah (berbuka puasa)

akan diadakan pada 24 Ogos 2010 di Dewan Aminuddin Baki.
dijemput semua hadir kerana terbuka untuk semua tanpa mengira agama,budaya dan kaum.
kehadiran anda amat dialukan.bagi yang muslim boleh hadirkan diri
ke dewan sekitar jam 6.45 - 7.15
manakala bagi non-muslim boleh hadirkan diri pada jam 7.45-8.00 mlm,
utk kita semua, mari raikan :)


Salam Takziah

"Sesungguhnya setiap yang datang itu akan pergi dan setiap yang hidup itu pasti akan mati"

Salam takziah buat mantan NYDP JPP 09/10 , Syafiq Affendi di atas pemergian insan yang dikasihinya, arwah ayahanda nya. Al-Fatihah khusus utk arwah dgn harapan roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan di golongan orang orang beriman serta diberkati Allah.

Buat syafiq, kuatkan semangat. Tabahkan hati, banyakkan bersabar. Dugaan Allah itu datang tanda Dia sayang dan rindukan rintihan kita. Kami tahu syafiq mampu menghadapinya, syafiq sentiasa ada kami di sini.

Buat sahabat sekalian,

Hidup yang seakannya seronok di mata kasar ini bila bila pun mampu ditarik nikmat oleh Yang Maha Kuasa, Allah s.w.t
Kita mungkin tidak sedar atau sudah terlalu alpa tujuan kita di dunia. Diharapkan di bulan Ramadhan yang datangnya setahun sekali cuma, dihargai sebaiknya. Perbanyakkan amalan, bukan alasan. Sebulan untuk kita dan Dia, sebulan untuk menebus segalanya, sebulan untuk merintih dosa, sebulan untuk segala puji, sebulan untuk disyukuri, sebulan yang istimewa sekali untuk menguji kekuatan hati. Berbelas puluh tahun kita hidup, tidak ada ruang langsung kah untuk sebulan bersamaNya? Biarkan segala kejahilan ditiup pergi, lupakan segala silam, atur langkah untuk hari ini dan seterusnya. Yang mana satu pilihan anda?

masuk ke neraka kerana dosa sesaat atau masuk ke syurga kerana pahala sesaat?

Allah tidak menilai kita seperti manusia menilai kita. Jangan malu untuk berubah, peluang itu sentiasa ada. Rebutla selagi masih ada, selagi mata belum tertutup. Dan ingatlah jangan pernah putus ada. Pendengar dan Penonton yang setia sentiasa wujud di atas sana, Allah kan ada?

Salam Sayang untuk semua, selamat berpuasa, bersahur & berbuka serta beribadat
(:

PERINTIS MASA DEPAN

PERINTIS MASA DEPAN