Thursday, August 19, 2010

Salam Takziah

"Sesungguhnya setiap yang datang itu akan pergi dan setiap yang hidup itu pasti akan mati"

Salam takziah buat mantan NYDP JPP 09/10 , Syafiq Affendi di atas pemergian insan yang dikasihinya, arwah ayahanda nya. Al-Fatihah khusus utk arwah dgn harapan roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan di golongan orang orang beriman serta diberkati Allah.

Buat syafiq, kuatkan semangat. Tabahkan hati, banyakkan bersabar. Dugaan Allah itu datang tanda Dia sayang dan rindukan rintihan kita. Kami tahu syafiq mampu menghadapinya, syafiq sentiasa ada kami di sini.

Buat sahabat sekalian,

Hidup yang seakannya seronok di mata kasar ini bila bila pun mampu ditarik nikmat oleh Yang Maha Kuasa, Allah s.w.t
Kita mungkin tidak sedar atau sudah terlalu alpa tujuan kita di dunia. Diharapkan di bulan Ramadhan yang datangnya setahun sekali cuma, dihargai sebaiknya. Perbanyakkan amalan, bukan alasan. Sebulan untuk kita dan Dia, sebulan untuk menebus segalanya, sebulan untuk merintih dosa, sebulan untuk segala puji, sebulan untuk disyukuri, sebulan yang istimewa sekali untuk menguji kekuatan hati. Berbelas puluh tahun kita hidup, tidak ada ruang langsung kah untuk sebulan bersamaNya? Biarkan segala kejahilan ditiup pergi, lupakan segala silam, atur langkah untuk hari ini dan seterusnya. Yang mana satu pilihan anda?

masuk ke neraka kerana dosa sesaat atau masuk ke syurga kerana pahala sesaat?

Allah tidak menilai kita seperti manusia menilai kita. Jangan malu untuk berubah, peluang itu sentiasa ada. Rebutla selagi masih ada, selagi mata belum tertutup. Dan ingatlah jangan pernah putus ada. Pendengar dan Penonton yang setia sentiasa wujud di atas sana, Allah kan ada?

Salam Sayang untuk semua, selamat berpuasa, bersahur & berbuka serta beribadat
(:

No comments:

Post a Comment

PERINTIS MASA DEPAN

PERINTIS MASA DEPAN