Wednesday, July 13, 2011

Konvensyen Guru-guru Muda (KOGUM 2011)


KOGUM 2011 telah berlangsung dari 8 Julai sehingga 10 Julai 2011 bertempat di UiTM Shah Alam. IPGKTB telah menghantar 40 orang wakil termasuk 2 orang pensyarah pengiring, En. Ahmad Shukri Bin Ghazali dan En Mohd Nasser Bin Md Isa . KOGUM 2011 disertai oleh badan JPP dari IPG seluruh negara. 

Majlis telah dirasmikan oleh  YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia manakala majlis penutupan dirasmikan oleh Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Dato' Prof. Ir. Dr.Sahol Abd. Hamid, Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Hj Noh bin Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Abd. Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, En Jais Abdul Karim, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung 
(GPMS) dan Dato' Siti Nurhaliza serta suami, Dato' Khalid Mohd. Jiwa.


Sekitar KOGUM 2011 :












bergambar kenangan di i-City Shah Alam

kami barisan JPP, mewakili semua wakil daripada IPGKTB amat berterima kasih kepada pihak penganjur khususnya GPMS kerana merealisasikan KOGUM 2011 seterusnya menjadikan hasrat untuk melantik Majlis Perundangan Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kebangsaan.

No comments:

Post a Comment

PERINTIS MASA DEPAN

PERINTIS MASA DEPAN