Thursday, July 12, 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Hari Guru telah disambut oleh seluruh warga IPG Kampus Tuanku Bainun bermula dari 7.45am hingga 1.30pm pada 2hb Julai 2012 (Isnin). Kita berkumpul di Astaka Waja untuk senam aerobik. Senanam aerobik dan permainan sukaneka turut disertai oleh pensyarah-pensyarah dengan aktif . Pemenang dihadiahkan hadiah yang lumayan.

Selepas rehat, kita berkumpul semula di Dewan Amminuddin Baki (DAB). Semasa wakil YDP berucap, semua guru pelatih berdiri dan mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah. Beberapa persembahan yang disediakan oleh guru pelatih yang berlain opsyen seperti koir, persembahan band dan tidak ketinggalan persembahan oleh murid prasekolah Mithali yang comel dan mencuit hati.

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Guru!

(Gambar-gambar Sambutan Hari Guru)



















No comments:

Post a Comment

PERINTIS MASA DEPAN

PERINTIS MASA DEPAN