Monday, October 24, 2011

MAJLIS PERPISAHAN DAN PERSARAAN CIK HJH ROSENAH MOHD NOOR

Pada 30 September yang lalu telah berlangsungnya majlis perpisahan dan persaraan untuk Cik Hajah Rosenah Mohd Noor, yang kini mantan pengarah IPKTB. Majlis telah berlangsung dengan begitu meriah sekali. Bermula dengan ucapan daripada saudara Khairul Anam, iaitu YDP JPP 11/12 hinggalah berakhirnya majlis, Cik Hajah Rosenah telah diarak dengan menggunakan kereta antik di sekitar kampus.

Kami mewakili warga IPGKTB mengucapkan jutaan terima kasih atas segala khidmat yang telah dicurahkan. Semoga semangat puan untuk terus mencurah bakti dalam dunia pendidikan tidak pernah pudar dan selamat bersara kami ucapkan.


CIK HJH ROSENAH MOHD NOOR
jasamu akan kami kenang hingga ke akhir hayat

No comments:

Post a Comment

PERINTIS MASA DEPAN

PERINTIS MASA DEPAN