Monday, October 24, 2011

PERTANDINGAN FOTOGRAFI DAN VIDEO (GENTING HIGHLANDS DAN KLCC)

Pada 1 Oktober hingga 2 Oktober 2011, Biro Multimedia dan Komunikasi JPP IPGKTB 11/12 telah mengadakan pertandingan fotografi dan video di Genting Highlands dan sekitar Kuala Lumpur. Rombongan kali ini telah disertai oleh 31 orang guru pelatih dan seorang pensyarah pengiring iaitu Pn Tan Cheng Im berserta suami.

Kami bertolak meninggalkan IPGKTB sekitar 9.00 pagi turut disertai oleh Cik Hajah Rosenah, mantan pengarah IPGKTB dan Cik Rosyati Hussin yang menemani Cik Hajah Rosenah. Istimewanya rombongan kali ini kerana kami berpeluang menjejakkan kaki ke rumah Cik Hajah Rosenah yang turut menyediakan makanan tengahari untuk kami semua. 

Pn. Tan Cheng Im bersama Cik Hjh Rosenah dan ibu beliau

bergambar kenangan di sekitar rumah Cik Hjh Rosenah

ribuan terima kasih atas layanan ramah dan mesra yang telah kami terima 

Setelah beredar dari rumah mantan pengarah, kami meneruskan perjalanan ke Suria KLCC dan ahli rombongan diberi masa sendiri selama beberapa jam sehingga pukul 7petang untuk berkumpul kembali. Semua ahli rombongan menginap di Adams Inn yang terletak di Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke Genting Highlands keesokan hari.

sebelum bertolak ke Genting Highlands

Kami semua berada di Taman Tema Genting Highlands sehingga pukul 5petang sebelum bertolak pulang ke IPGKTB semula dan tiba IPGKTB lebih kurang 12 tengah malam. Pengalaman di sana sangat mengujakan dan diharap lawatan seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Tidak lupa juga kepada pensyarah pengiring, iatu Pn Tan Cheng Im dan suami serta mantan Pengarah IPGKTB, Cik Hjh Rosenah yang telah bermurah hati menaja makan tengahari kami dan menjemput kami ke teratak beliau.Terima kasih!


No comments:

Post a Comment

PERINTIS MASA DEPAN

PERINTIS MASA DEPAN